Bantuan tunai oleh kerajaan dilihat masih menjadi pilihan utama rakyat di negara ini terutama dalam kalangan penduduk di Penempatan Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang.
Menerusi Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi, majoriti iaitu 58.2 peratus isi rumah yang terkesan akibat daripada peningkatan harga pada masa ini memilih bantuan tunai.